Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Situasi  flotila kebebasan sehingga hari ini dilaporkan sebanyak 480 orang pro-Palestin telah ditahan . Misi mereka yang hanya mahu menghantar bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza telah mendapat tentangan yang hebat daripada rejim Israel.

Seluruh rakyat Malaysia dan dunia luar memberanikan diri keluar ke jalan menunjukan rasa marah dan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman Zionis Israel  ke atas kumpulan pro-Palestin  yang bergegas ke Gaza.

Situasi genting ini menyebabkan Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar semalam. Namun begitu tiada satu resolusi bertindak yang tegas terhadap kekejaman yang dilakukan.

Pada masa yang sama kebayakan pemimpin utama dunia memberi respon  mengutuk tindakan Israel tersebut termasuk Malaysia sendiri.

Namun begitu , pro-Mahasiswa nasional begitu kecewa dengan pendirian  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga  masih lagi membisu dan hanya berani mengeluarkan dalam kenyataan "politik".

Pro-M juga kesal dengan sikapnya yang  bertindak menyuruh Wisma Putra supaya mengemaskini maklumat terhadap apa yang berlaku kepada sukarelawan negara  di perairan Gaza sahaja , namun tindakan bagaimana pula yang mahu di ambil?

Sebaliknya Pro-M berbangga dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad yang tegas mengkritik dan menggesa agar tindakan tegas diambil segera terhadap kekejaman rejim Israel. Seharusnya Najib wajar mencontohi sikap seperti mantan perdana menteri yang lama.

Pro-Mahasiswa menggesa Najib segera mengadakan mensyuarat tergempar kabinetnya  khusus membincang tentang perkara ini. Mahasiswa  tidak mahu kelesuan kepimpinan negara  dalam menyatakan pendirian dan tindakan tegas mereka dalam isu sejagat  ini di sebabkan  dakwaan kepada mereka yang selama ini  mempunyai  kaitan sulit dengan negara Israel dalam kerjasama  membaik pulih imej negara Malaysia menerusi syarikat perunding khas Apco Worldwide. Jika benar , Pro-M turut mengutuk dan menggesa kerajaan batalkan terus pakatan berkenaan.

Pro-M menyeru mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia agar bangkit nyatakan sikap mereka  yang bencikan kepada kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk sekalipun.


Penulis adalah pengerusi, Pro-Mahasiswa Nasional

ADS