Elakkan dari membuat andaian

       


Salah satu perkara yang paling biasa digunakan oleh kita untuk menggambarkan orang lain adalah "bodoh atau lemah."

Ia bukanlah satu keterangan tetapi merupakan satu ‘andaian’. Terdapat beberapa contoh yang tidak terkira banyaknya penggunaan andaian yang digunakan untuk menggambarkan orang lain termasuklah idealis, fundamentalis, realis, pelampau, pengganas, Yahudi, Muslim, pesimis, perkauman, ‘tin kosong’ dan sebagainya.

Masalah dengan mereka yang gemar membuat andaian adalah semata-mata kerana anggapan yang mereka bina dalam diri mereka.

Apabila kita terpengaruh dengan membuat andaian, kita akan terpengaruh dengan pendapat dan kepercayaan. Iaitu, kita rela menerima kenyataan tanpa bukti yang sahih.

Andaian akan menjadi stereotaip atau ‘tanggapan’ yang akhirnya cercaan. Dan dengan tidak semena-mena kita terlibat dalam panggilan yang tidak baik atau penyalahgunaan lisan.

Manusia adalah kompleks, pelbagai rupa, dan pelbagai dimensi fikiran. Apabila kita membuat tanggapan terhadap orang lain, kita seolah-olah menutup mata kita dan melihat dari sudut yang sempit dan keadaan yang rumit.

Sebagai contoh, pernahkah anda membeli bekas plastik atau botol makanan di pasaraya dengan label besar pada tudung dan sisi yang menghalang anda daripada melihat kandungan atau isi didalam bekas atau botol tersebut?

Kita hanya mampu melihat luarannya sahaja dan tidak apa yang sebenarnya terkandung dalam bekas tersebut dan begitulah juga apabila kita membuat andaian atau anggapan terhadap seseorang individu lain.

Apabila bercakap mengenai orang lain, tiada apa-apa yang salah jika kita hanya berbincang tentang seseorang. Penulis novel atau novelis melakukannya sepanjang masa.

Tetapi ada satu perbezaan yang besar antara penerangan dan tanggapan. Sebagai contoh, berfikir tentang perbezaan antara mengatakan "si Mamat tu tingginya." dan "si Mamat tu liberal. "

'Tingginya ' adalah keterangan kerana ia adalah berdasarkan kepada fakta; ia hanya satu lagi cara untuk mengatakan "si Mamat adalah enam kaki tingginya."

Namun apabila kita menyatakan 'si Mamat tu 'liberal', kita akan cuba mengosongkan makna dan maksudnya.

Jawapannya adalah dalam beberapa isu anda liberal dan isu-isu lain yang anda adalah konservatif atau lain-lain. Jadi, bagaimana saya boleh menggambarkan anda sebenarnya.

Jika saya berbuat demikian, saya akan mengurangkan sifat dan ciri-ciri anda yang sebenar. Bukankah itu menjadi sangat tidak adil? Maka, bukankah itu menjadi alasan yang cukup baik untuk mengelakkan penggunaan andaian?

Membuat andaian terhadap orang lain adalah tidak adil. Ia adalah sesuatu yang menyakitkan dan menyedihkan.

Jika kita memahami apa yang hendak diperkatakan, kita tentunya tidak mahu mengaibkan orang lain. Bukankah lebih baik jika kita memberi galakkan dan inspirasi kepada mereka .

Namun, jika kita tidak sentiasa berhati-hati , kita boleh secara tidak sengaja tersasul dalam menggunakan andaian.

Seseorang yang berusaha untuk memenuhi impian mereka, tidak akan pernah menyesal.

Malangnya, perkara yang sama tidak boleh dikatakan terhadap seseorang yang malas, kaki lepak, atau mereka yang tidak berbuat apa-apa, kerana mereka akan terus diselubungi dengan penyesalan, kekecewaan dan kesedihan.

Kita juga harus berfikir mengapa kita terpaksa menerima andaian yang telah dibuat terhadap kita. Ada beberapa kemungkinan yang diantaranya adalah:

a) Ia adalah lebih mudah dan memerlukan usaha yang kurang untuk menganggap sesuatu itu benar daripada melihat ke atas fakta-fakta.

b) Jika kita tidak pasti akan fakta-fakta, kita lebih suka menurut sahaja apa yang diperkatakan orang lain daripada mengakui kejahilan kita .

c) Ia mungkin satu cara untuk meningkatkan kedudukan kita secara mudah, menghina dan memburukkan orang lain.

d) Ia mungkin disebabkan oleh kecuaian dan tabiat buruk.

e) Kita mungkin takut dan curiga terhadap orang lain.

f) Kita mungkin tidak mempunyai kemahiran pemikiran kritikal.

g) Kita mungkin telah dibesarkan dengan prasangka.

h) Kita mungkin menggunakan andaian untuk mengenakan orang lain.

j) Kita mungkin tidak cukup tegas untuk mempertahanan orang lain.

Apabila kita telah faham mengenai perkara diatas, kita boleh cuba menghapuskan tabiat membuat andaian terhadap orang lain.

Kita boleh mengatasinya dengan memupuk penerimaan tanpa syarat, mempunyai perasaan belas kasihan dan menambahkan pengertian. Kita boleh belajar untuk memerhati dan mengharungi kehidupan tanpa membuat penghakiman terhadap orang lain.

Kita boleh kekal terpisah daripada jangkaan dan permintaan. Kita boleh belajar untuk menerima apa yang ada dan tidak menghakimi orang lain. Kita boleh terus hidup dengan rasa rendah diri.

Penggunaan andaian adalah membuat penghakiman dan penilaian. Dalam kebanyakkan hal, sama ada kita suka atau tidak, kadang-kadang kita terpanggil untuk menghakimi atau menilai orang lain.

Mungkin kita berperanan sebagai ibu bapa yang menilai peminangan anak perempuan kita , seorang penyelia menilai pekerja, atau pesaing yang bersiap sedia untuk berunding. Selepas itu, apa? Bagaimana kita boleh menghukum dan menilai orang lain secara adil?

Jika anda berhasrat untuk menghakimi dan menilai serta ingin mengetahui perasaan orang lain, janganlah dengar apa yang orang lain kata tentang dirinya atau mengenai dirinya ; sebaliknya, dengarlah apa yang dia kata tentang orang lain.

Anda juga tidak harus menilai tindakan orang lain sehingga anda tahu motif mereka. Dalam erti kata lain, nilailah mereka dengan hati dan minda anda , bukan dengan mata dan telinga anda.

Walaupun ditekankan untuk kita agar mengelak dari menghakimi orang lain secara tidak adil, kita juga harus menekankan kepentingan menggunakan tahap yang sama adil kepada diri kita sendiri.

Kita mungkin sering berjumpa dengan rakan sekerja kita yang tidak mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi atau lebih rendah daripada kita.

Tentunya beliau akan sering berkata, "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan kerana saya berpendidikan rendah”.

Beliau menganggap dirinya sebagai ' kurang berpendidikan’. Namun jika kita jelaskan kepada beliau bahawa kehidupan itu sendiri adalah pendidikan, tentu sekali, dia tidak lagi ragu-ragu untuk mengemukakan pendapat beliau dan kita semua tentu akan mendapat manafaat , kerana dia adalah lebih bijak daripada kebanyakkan mereka yang lulus dari kolej.

Pengandaian terhadap diri kita sendiri boleh samada mengekang atau membebaskan kita . Bandingkan "saya tidak berdaya" dengan "saya bersemangat dan yakin "

Jika anda perlu mengandaikan diri dengan berpegang kepada yang positif, tetapi tidak ke tahap menjadi sombong atau bertindak unggul maka isu seperti ini dapat diselesaikan.

Akhir sekali, kita perlulah menerima bahawasanya bukan semua penggunaan andaian itu adalah tidak baik tetapi hanya bersifat negatif.

Sebagai contohnya, jika kita menganggap semua orang adalah baik, tidak kira sikap atau tingkah laku mereka, kita akan mendapati bahawa andaian kita adalah betul.

Lagipun, kebaikan sememangnya adalah sifat kita; kita semua cenderung untuk menjadi baik, dan jika diberi peluang, kita akan membuktikan untuk menjadi begitu.

Sebenarnya, ini bukanlah satu andaian kerana ia adalah berdasarkan kepada pengalaman hidup kita sendiri.

Sebaliknya, jika dari awal lagi kita mengandaikan seseorang itu tidak boleh dipercayai dan mempunyai niat yang tidak baik, adakah kita akan terus menghina atau menghukum beliau?

Dan apa pula tindak balas beliau terhadap kita, bukankah kita akan menjadi bermusuh? Ini adalah sesuatu yang bernilai yang harus kita fikirkan.


Azizi Ahmad adalah seorang pendidik.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda