Malaysiakini Letter

Auku dan hak berpersatuan

Wong Hon Wai
Published:  |  Modified:

Saya ingin merujuk kepada surat Chua Hock Kuan selaku Naib Pengerusi MPMUM yang bertajuk MPMUM tidak menyekat pelajar berpersatuan .

Menurut Chua, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) diibaratkan sebagai garisan tepi padang bolasepak untuk para pemain dalam kawasan permainan.

Saya berhujah, sekiranya garisan tepi yang diutarakan oleh Chua itu benar-benar wujud, ia adalah Perlembagaan Persekutuan dan bukan Auku.

Hak berpersatuan bagi semua warganegara Malaysia adalah dijamin di bawah Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan. Auku pula mengambil balik hak tersebut. Kebanyakan mahasiswa-mahasiswi sepenuh masa adalah mereka dalam golongan 20 hingga 24 tahun. Mereka telah dilucutkan peluang untuk menikmati hak berpersatuan secara sepenuhnya di bawah Auku.

Rakan sebaya mereka yang tidak melanjutkan pelajaran di universiti atau kolej universiti menikmati hak persatuan yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah bertentangan dengan semangat Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di bawah undang-undang.

Dengan itu, peruntukan Auku berkenaan dengan hak berpersatuan adalah bertentangan dengan Artikel 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Di Malaysia, kita mengamalkan prinsip ketertinggian Perlembagaan. Mana-mana bahagian undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah dan batal.

Dalam era pembelajaran seumur hidup, pintu universiti juga terbuka kepada mereka yang berpengalaman dan berumur. Auku sebagai satu undang-undang tidak dapat memenuhi keperluan zaman.

Hak berpersatuan sebenarnya menjangkaui Perlembagaan Persekutuan. Ia wujud sejak lampau lagi pada masa manusia mula hidup bersosial

Adalah lebih elok untuk menukar tayar yang telah berlubang-lubang daripada berpeluh tubuh untuk menampal lubang-lubang yang bocor.

Share this story

OR

Welcome back,

Your subscription expires on
  

Your subscription will expire soon, kindly renew before
  

Your subscription is expired
  Click here to renew

You are not subscribed to any subscription package
  Click here to subscribe now

Any questions?
  Email: [email protected]
  Call: +603-777-00000

Renew