Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Harap ramai lagi menteri seperti Maszlee - Pemuda Umno Johor

Pemuda Umno Johor juga menggesa Dr Maszlee melepaskan jawatan MP Simpang Renggam kerana terbukti beliau seorang yang gagal.

Sebentar tadi, negara di kejutkan dengan berita peletakkan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan menerusi sidang media yang berlangsung bagi memaklumkan mengenai perkara itu.

Desas-desus politik juga mula timbul susulan peletakkan jawatan Dr Maszlee di mana Menteri Pendidikan itu dilihat sebagai 'kambing hitam' dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) bagi memberi ruang untuk Perdana Menteri, Dr Mahathir membuat rombakan kabinet tatkala berlaku krisis dalaman dalam PH.

Namun, biarlah desas-desus itu berlegar dan diselesaikan secara dalaman kepimpinan PH, dan apa yang ingin ditekankan Pergerakan Pemuda Umno Johor di sini adalah mengenai prestasi Dr Maszlee sendiri sebagai ahli parlimen.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Maszlee Malik atas sifat tanggungjawab meletak jawatan selaku menteri pendidikan di atas kegagalan beliau menguruskan beberapa perkara berkait dalam soal dasar pendidikan.

Banyak perkara-perkara dasar dilihat gagal ditangani secara berkesan oleh beliau. Meletakkan jawatan sebelum isu pendidikan negara semakin teruk di bawah kepimpinannya adalah satu keputusan tepat.

Kegagalan Dr Maszlee menguruskan dan bertegas dalam soal tulisan Jawi, program sarapan percuma misalnya banyak mencetuskan kontroversi.

Malah Dr Maszlee juga dilihat lemah dalam menangani perkara dasar pendidikan negara dan sering tunduk pada gertakan DAP.

Jika persepsi atau pencapaian yang dianggap gagal dilakukan Dr Maszlee sebagai menteri pendidikan yang terpalit pelbagai isu, rakyat juga menilai prestasi dan kad laporannya sebagai ahli parlimen Simpang Renggam.

Pemuda Umno Johor juga ingin menggesa supaya Dr Maszlee turut melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen Simpang Renggam kerana telah terbukti beliau seorang yang gagal. 

Janji-janjinya kepada pengundi seperti penghapusan tol Simpang Renggam sehingga hari ini menemui masih belum terlaksana.

Saya berharap agar Dr Maszlee berjiwa besar dan melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat.

Di sebalik kegagalan demi kegagalan yang ditunjukkan oleh menteri-menteri Pakatan Harapan, Pemuda Umno Johor menyarankan juga agar lebih ramai menteri bersifat seperti Dr Maszlee yang melepaskan jawatan beliau kerana amanah yang diberikan gagal dilaksanalan sama ada dasar pertadbiran mahupun manisfesto.


MOHD HAIRI MAD SHAH ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Johor.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS