SURAT

SURAT | Permohonan maaf Muhammad Ruhaizat Mohd Roni

Muhammad Ruhaizat Mohd Roni

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Apr 2021, 6:12 pagi

Saya, Muhammad Ruhaizat Bin Mohd Roni dengan sesungguhnya dan tanpa sebarang syarat memohon maaf kepada pihak Malaysia Airlines Berhad (MAB), Aviation Management College, Astro Awani, Malaysiakini dan Malay Mail kerana telah menyalahgunakan nama Malaysia Airlines Berhad, membuat representasi palsu, menyamar serta memalsukan identiti saya sebagai salah seorang kadet juruterbang Malaysia Airlines dan/atau melibatkan diri saya sebagai salah seorang daripada kakitangan atau orang berkaitan Malaysia Airlines Berhad. Perbuatan ini telah menyebabkan salah faham sesetengah pihak dan masyarakat umum secara amnya yang telah beranggapan bahawa saya merupakan salah seorang daripada kadet juruterbang atau kakitangan atau orang berkaitan Malaysia Airlines Berhad walhal saya bukan salah seorang daripada pihak Malaysia Airlines dan tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan Malaysia Airlines Berhad. Saya juga telah memperdaya sesetengah pihak menerusi perbuatan yang saya telah lakukan seperti yang telah saya nyatakan di atas.

Saya kesal dengan perbuatan saya dan saya sedar serta tahu bahawa perbuatan saya telah menyebabkan Malaysia Airlines Berhad mengalami impak negatif dan kerugian. Saya bersumpah untuk menghentikan perbuatan dan salah laku saya dengan serta merta serta tidak akan sama sekali mengulangi perbuatan menyamar, membuat representasi palsu, memalsukan identiti serta menyalahgunakan nama Malaysia Airlines lagi di masa hadapan atau apa-apa perbuatan lain yang boleh menyebabkan pihak berkaitan dan orang awam secara amnya beranggapan bahawa saya salah seorang daripada Malaysia Airlines Berhad.

Saya turut mengakui bahawa Malaysia Airlines Berhad sentiasa melindungi hak-hak mereka yang melibatkan nama baik, imej dan reputasi mereka serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sivil atau jenayah sekiranya terdapat sebarang individu atau pihak yang menyalahgunakan nama baik, imej serta reputasi Malaysia Airlines Berhad tanpa pengetahuan atau izin mereka.

Untuk melaporkan sebarang aktiviti penyalahgunaan nama baik atau harta intelek berkaitan Malaysia Airlines Berhad, sila hubungi peguam syarikat Malaysia Airlines Berhad seperti yang tertera di bawah:

Messrs Wong & Partners
Level 21, The Gardens South Tower
Mid Valley City Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2298 7888
Fax: 03-2282 2669
E-mail: [email protected]


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.