Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembantah PPSMI bermesyuarat bantu siasatan polis
Diterbitkan:  Mar 13, 2009 11:03 AM
Dikemaskini: 12:59 PM

kemaskini 6.30pm Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) bermesyuarat petang ini selepas beberapa pemimpinnya diminta polis hadir membantu siasatan berhubung demonstrasi besar Sabtu lalu, membantah dasar kontroversi itu.

Mesyuarat itu bagi menentukan tindakan selanjutnya berhubung perkara tersebut, kata Setiausahanya, Hasni Abas.

hassan ahmad Menurut polis, perarakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu lepas dekat Istana Negara, tidak mempunyai permit dan melanggar Seksyen 27 Akta Polis.

Selain Pengerusi GMP Datuk Dr Hasan Ahmad bersama barisan pemimpin gabungan itu, polis juga meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa serta beberapa

pemimpin kanan parti termasuk naib presidennya Mohamad Sabu, ketua Pemudanya Salahuddin Ayub dan ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan pemimpin PKR Saifuddin Nasution Ismail juga turut dikehendaki polis.

Timbalan pengerusi GMP Dr Shaharir Mohd Zain, profesor bahasa Dr Abdullah Hasan, setiausaha GMP Hasni Abas, Che Shamsudin Othman (Dinsman), Mohammad Faizal Abd Aziz, Aizad Mohd Saleh, Muhammad Haafizuddin Abirerah dan pemimpin Pemuda PAS Kamarulzaman Mohamad antara 22 individu yang diminta membantu siasatan.

Lantik peguam

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Hasni berkata pihaknya telah melantik barisan peguam untuk mewakili mereka sewaktu memberi keterangan polis kelak.

anti ppsmi rumah pena 100309 hasni abas "Kita akan memberi keterangan dengan bantuan peguam," kata Hasni sambil menambah, lima atau enam orang peguam dilantik mewakili mereka.

Hadir dalam mesyuarat hari ini ialah semua pemimpin utama gabungan tersebut, kecuali timbalan setiausaha GMP, Suhaizan Kaiat yang mempunyai urusan di luar.

Menurutnya, dua daripada peguam yang dilantik itu, turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Tambahnya, mereka sedang merangka untuk memikirkan kaedah yang mudah untuk memberi keterangan kepada polis.

Mereka, kata Hasni, menjangka memberi keterangan kepada polis minggu depan.

"Kita akan bekerjasama dengan polis," katanya sambil menambah beberapa pemimpin GMP telahpun dihubungi polis, termasuk Datuk Dr Hassan Ahmad dan Dr Abdullah Hassan.

Hasni berkata, beliau bagaimanapun, belum dihubungi polis.

ADS