Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Para penyokong pemimpin popular PAS, Mohamad Sabu percaya naib presiden itu mampu membuat "kejutan" dengan memenangi perebutan sengit jawatan timbalan presiden dalam muktamar parti itu Jumaat ini.

Kepercayaan mereka itu berdasarkan kepada tinjauan yang dbuat di seluruh negara yang menurut mereka, menunjukkan 43 peratus perwakilan menyokong Mohamad untuk jawatan tersebut.

Tinjauan itu juga, menurut mereka, menunjukkan dua lagi calon jawatan tersebut, termasuk penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, mendapat 38 peratus sokongan manakala seorang naib presiden, Datuk Husam Musa mendapat 19 peratus.

mat sabu "Sokongan kepada Mohamad telah melonjak - daripada 22 peratus sebelum ini - kepada 43 peratus sehingga hari ini," kata seorang penyokong kuatnya yang tidak namanya disebut.

Malaysiakini difahamkan, Nasharuddin mendapat 68 pencolonan, Husam mendapat 28 pencalonan dan Mohamad pula mendapat 26 pencalonan bagi bertanding jawatan nombor dua PAS itu.

Dua lagi calon yang menarik diri Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, dikatakan mendapat sokongan kecil tidak sampai sepuluh peratus.

Menurut pengokong Mohamad, “pemimpin bersuara merdu” itu mendapat sokongan padu dari tiga negeri yang mempunyai perwakilan teramai - Johor, Perak dan Kedah.

Perwakilan Kelantan pula, katanya, memberi sokongan padu kepada Husam manakala Nasharuddin mendapat sokongan kuat dari Terengganu.

Manakala di Selangor pula, sokongan perwakilannya berpecah kepada tiga-tiga calon tersebut. Menurut mereka, pendirian negeri-negeri lain masih belum pasti.

Mohamad yang bermula sebagai calon 'underdog' mendapat lonjakan sokongan apabila penyokong Nasharudin dan Husam mula mengalihkan sokongan secara drastik sejak seminggu lalu, tambah penyokong.

Katanya, walaupun Nasharudin mengambil sikap berdiam diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media, tetapi tindakan Utusan Malaysia yang dilihat seolah-olah berkempen untuk beliau, tidak dapat diterima ahli PAS.

"Orang PAS ini, mereka allergic (alahan) sungguh degan Utusan Malaysia ," katanya sambil menyifatkan tindakan akhbar itu sebagai "sokong membawa rebah".

Sementara Husam yang dilihat "terlebih berkempen" telah menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan ahli PAS.

Bagaimanapun, katanya, tinggal dua hari lagi sebelum kira-kira 1,000 perwakilan membuat keputusan, Mohamad masih perlu berdepan dengan dengan cabaran kempen di saat-saat akhir daripada Nasharudin.

ADS