BERITA

Husam, Mat Sabu terima anggota jawatankuasa pusat PAS

Abdul Rahim Sabri

Diterbitkan
Dikemaskini 22 Jun 2009, 2:44 tengahari

Dua bekas naib presiden PAS - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - menerima pelantikan sebagai anggota jawatankuasa PAS pusat.

Jawatankuasa tersebut yang bermesyuarat pada 11 Jun lalu bersetuju melantik Husam dan Mohamad sebagai anggota AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.

husam musa and mat sabu Ketika ditemui malam ini, Mohamad mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau menerima pelantikan tersebut.

"Sebab itulah saya hadir mesyuarat jawatankuasa pusat malam ini," katanya.

Manakala pegawai di pejabat agung PAS di ibunegara pula mengesahkan bahawa Husam turut menghadiri mesyuarat malam ini.

Husam dan Mohamad tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar parti itu baru-baru ini.

Dalam pertandingan tersebut, Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan berkenaan.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dikatakan telah menasihat kedua-duanya agar menerima tawaran tersebut.

Tokoh ulama PAS itu mencadangkan sedemikian bagi "mengimbangi" suara-suara pemimpin yang condong kepada idea kerajaan perpaduan dalam parti itu.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.