Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jerebu: Lima kawasan tidak sihat
Diterbitkan:  Aug 6, 2009 2:27 PM
Dikemaskini: 8:20 AM

Empat bandar utama di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat hari ini apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU)

melebihi 100.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman webnya menyatakan kualiti udara di empat bandar itu merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Samarahan (115), Bintulu (114), Miri (106) dan Sibu (112).

azlan

Turut mencatat kualiti udara tidak sihat, Bandaraya Melaka dengan

bacaan IPU mencecah 112.

Bacaan sehingga pukul 11 pagi itu juga memaklumkan 30 daripada

keseluruhan 47 kawasan yang dipantau di seluruh negara berada dalam zon sederhana.

Hanya 12 kawasan (25 peratus) mencatatkan kualiti udara baik.

Kawasan yang mencatat IPU sederhana, antaranya, Kota Tinggi (76) dan Pasir Gudang (77) - kedua-duanya di Johor; Bukit Rambai, Melaka (93), Nilai, Negeri Sembilan (80), Balok Baru, Pahang (97) dan Kuching, Sarawak (98).

Alor Setar, Kedah pula antara yang mencatat kualiti udara sihat dengan bacaan 47, selain Bakar Arang, Sungai Petani (26), Langkawi (35) dan Kangar, Perlis (24).

ADS