Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Satu mati, 6 dirawat akibat penyakit misteri di depot imigresen

Tenaganita - NGO yang memperjuangkan hak pekerja asing - menegaskan bahawa kekurangan langkah pencegahan, telah mengakibatkan berlakunya penyakit 'misteri' yang menyebabkan seorang tahanan di depot tahanan imigresen KLIA mati dan enam lagi sedang dirawat hospital.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang kakitangan depot tahanan tersebut mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, mengikut seorang kakitangan di situ, kematian itu diklasifikasikan berpunca daripada 'sebab-sebab biasa', sementara menunggu laporan perubatan dari Hospital Besar Putrajaya.

Menurutnya, kecuali laporan perubatan tersebut menyatakan sebaliknya, maka tiada langkah pencegahan yang diambil.

Bila dimaklumkan mengenai reaksi depot tersebut berhubung kejadian berkenaan, Tenaganita menyuarakan kebimbangannya mengenai

kemungkinan penyakit itu merebak dan menjangkiti lebih ramai tahanan di situ, jika tiada sebarang langkah pencegahan diambil.

Penyelaras Tenaganita, Aegile Fernendez memberitahu Malaysiakini, bila mana isu mengenai keadaan hidup dalam depot tahanan ditimbulkan, maka "kita akan menyaksi kematian berlaku lagi dan lagi".

Beliau bertanya berapa ramai lagi tahanan yang akan mati sebelum isu kematian, penyakit dan keadaan teruk di pusat tahanan diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.

"Enam lagi sakit manakala yang lainnya berdepan dengan risiko dijangkiti (penyakit tersebut)," kata Fernendez, sambil menggesa pihak berkuasa dan perdana menteri supaya menangani perkara itu sebelum ia menjadi semakin teruk".

[Baca berita penuh]

ADS