Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Hindu Sangam Malaysia hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membekukan pemindahan kuil Hindu yang berusia 150 tahun - dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

"Kita kesal dengan keputusan beliau kerana bagi kami, Seksyen 23 adalah sebuah tempat yang sesuai," kata Presidennya, S Mohan kepada Malaysiakini.

Berdasarkan lawatannya ke tapak yang dicadangkan itu, Mohan berkata, beliau mendapati ia terletak 600 meter dari kawasan kediaman dan bukan 200 meter seperti yang dinyatakan oleh ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Di samping itu, terdapat taman permainan dan sebuah dewan yang terletak antara tapak tersebut dengan kawasan kediaman. Saya juga mendapat tahu sebuah kilang yang akan dibina di antaranya. jadi (secara teknikal) kuil itu lebih dekat dengan kilang dan bukannya dengan kawasan perumahan," katanya.

Menurutnya, masa depan kuil tersebut akan gelap kerana mungkin tidak ada kawasan yang sesuai untuk memindahkannya di Shah Alam yang bermajoriti penduduk Melayu.

"Keputusan yang dibuat semalam juga menunjukkan bahawa kuil Hindu tidak boleh dibina di mana-mana pun di Malaysia kerana kita tidak mempunyai banyak kawasan majoriti bukan Islam (kecuali) di kawasan hutan atau di tepi sungai. Ia tidak adil kepada (masyarakat India)," kata Mohan.

Beliau yang baru dilantik mengetuai Hindu Sangam berkata, pihaknya bersedia bertemu dengan Abdul Khalid dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan perkara tersebut dan menyelesaikan isu pemindahan kuil berkenaan yang sudah berlarutan sejak 26 tahun lalu.

Baca berita penuh

ADS