BERITA Malaysiakini

Noordin Top ditembak mati di Solo

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Ketua polis Indonesia, Jen Bambang Hendarso Danuri mengesahkan pengganas paling dikehendaki di negara ini, Noordin Mohd Top

mati ditembak dalam operasi polis di Solo, Jawa Tengah, awal pagi ini.

Katanya, polis berani mengesahkan bahawa lelaki itu ialah Noordin berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu.

NONE "Alhamdulillah, dengan kebesaran Allah dan berkat di akhir bulan Ramadan ini, dia adalah Noordin Mohd Top," katanya pada sidang media di pejabatnya di Jakarta hari ini, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Katanya, polis terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 telah bekerja keras selama sembilan tahun mengesan dan memburu jejak Noordin dan akhirnya pada awal pagi ini dalam operasi di Solo, berhasil membunuh Noordin dan tiga pengganas lain serta seorang lagi yang cedera ditembak.

Bambang juga berkata polis turut menjumpai 200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M-16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen. BERNAMA

Baca berita lanjut