Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tsu Koon sambut cabaran berdebat dengan Guan Eng
Diterbitkan:  Oct 1, 2009 1:17 PM
Dikemaskini: 7:07 AM

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menyambut cabaran untuk berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui siaran langsung di televisyen, mengenai sama ada Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah mengelirukan rakyat negeri itu berhubung beberapa isu, termasuk kes tanah Kampung Buah Pala (KBP).

lim guan eng and koh tsu koon Bagaimanapun, bagi memastikan ianya satu debat yang adil, Dr Koh berkata, dua syarat perlu dipenuhi terlebih dahulu, iaitu Lim mendedahkan semua dokumen yang berkaitan dan menjawab sepenuhnya dan dengan jujur tiga soalan mudah mengenai kes KBP. Tiga persoalan tersebut ialah:

bullet button Pertama, adakah pemimpin Pakatan, terutama DAP, berjanji kepada penduduk KBP, sebelum, sewaktu pilihanraya umum 2008, bahawa mereka boleh memiliki dan tinggal di tanah tersebut yang tidak akan dibenar dimajukan, jika DAP dan rakan-rakannya menang.

bullet button Kedua, apakah status perundangan sebenarnya tanah tempat KPB terletak? Iaitu sebelum meluluskannya kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, adakah tanah tersebut sebenarnya milik kerajaan negeri atau penduduk?

bullet button Ketiga, Lim perlu menjawab mengapa beliau membenarkan pemindahan hak milik tanah KBP, untuk berkuatkuasa pada 27 Mac 2008, hampir tiga minggu selepas menang pilihanraya umum pada 8 Mac dan selepas penduduk KBP menemuinya (Lim) pada 12 Mac 2008.

“Hanya jika beliau bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya semua dokumen yang berkaitan, dan dengan jujur menjawab tiga soalan mudah tersebut, barulah bermakna untuk saya menyertai debat tersebut,” kata Dr Koh dalam satu kenyataan hari ini.

ADS