Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan cadang wajibkan premis letak arah kiblat
Diterbitkan:  Oct 5, 2009 6:40 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Kerajaan Kelantan sedang merangka kertas cadangan mengenai enakmen falak sebagai panduan kepada umat Islam bagi mengelakkan kekeliruan dalam menentukan arah kiblat yang sebenar.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Shafie Ismail berkata, kertas cadangan itu sedang disiapkan oleh Jabatan Mufti Kelantan sebelum dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri untuk kelulusan.

Cadangan enakmen itu perlu bagi membolehkan kerajaan negeri menguatkuasakan peraturan mewajibkan setiap premis awam dan individu menyediakan tanda arah kiblat yang betul, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Kursus Falak (Qiblat) anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kota Bharu hari ini.

Shafie berkata kursus itu adalah sebagai satu persediaan awal kerajaan negeri sebelum melaksanakan peraturan mengikut enakmen itu tidak lama lagi. BERNAMA

ADS