Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar ponteng, parah terjatuh bangunan
Diterbitkan:  Nov 10, 2009 5:36 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Seorang pelajar lelaki yang dikesan ponteng daripada menghadiri perhimpuan mingguan sekolahnya ditemui parah, dipercayai

terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolahnya hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kangar DSP Ismail Che Isa berkata pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Perlis itu dikesan gagal menghadiri perhimpunan pukul 8 pagi bersama seorang lagi rakannya.

Seorang guru menemui kedua pelajar itu bersembunyi di tingkat empat bangunan sekolah terbabit dan ketika dihampiri, keduanya dikatakan terjun dari bangunan itu pada paras ketinggian 12 meter.

Seorang ditemui dalam keadaan parah di bawah bangunan itu manakala seorang lagi tidak dapat dikesan, katanya.

Ismail berkata pelajar berusia 16 tahun itu patah paha kirinya selain mengalami pendarahan pada hidung dan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan. BERNAMA

ADS