mk-logo
Berita
Anwar cabar k'jaan isu RM3 bilion
Diterbitkan:  Nov 16, 2009 9:30 AM
Dikemaskini: 9:33 AM

Ketua pembangkang hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa sebelum inipun akaunnya telah disiasat tetapi tidak ada apa yang dibutikan.

"Sebaliknya media yang dikuasai oleh kerajaan telah berterusan menyebar fitnah bahawa saya mempunyai RM3 bilion dalam akaun hasil daripada akuan berkanun bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid," katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa hari ini.

Berhubung akuan berkanun Abdul Murad itu, Anwar berkata, Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 1998 telah menjalankan siasatan tetapi telah ditutup oleh kerajaan pada masa itu.

Abdul Murad dalam akuan berkanunnya antara lain mendedahkan, bekas menteri kewangan itu mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. BERNAMA

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS