Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Jabatan agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi esok atas tuduhan mengajar agama tanpa ditauliah.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jais, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, jabatan itu sudah bersiap sedia untuk mendakwa Dr Mohd Asri di mahkamah.

Menurutnya, dokumen dan kertas pendakwaan terhadap bekas mufti Perlis itu sudah siap.

Sebelum ini, Dr Mohd Asri telah ditahan Jais kerana didakwa mengajar agama di Ulu Kelang tanpa tauliah pada 1 November lalu.

NONE Beliau akan menghadapai satu pertuduhan bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar agama atau perkara mengenai Islam di negeri itu tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Jumaat lalu, Asri mengesahkan telah menerima notis arahan , hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 9 pagi esok/

Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan berkata beliau akan diwakili beberapa peguam, diketuai oleh Kamar Ainiah Raziff daripada tetuan Kamar Ainiah Raziff & Zashidi.

Barisan peguam lain yang akan membantunya akan diumumkan kemudian, tambahnya.