Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

NONE

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah akan membuka satu pusat khidmat wakil rakyat baru di kawasannya untuk menyambung tugas sebagai "wakil rakyat yang baru."

Katanya, beliau tidak akan menggunakan logo mana-mana parti untuk pusat khidmat baru itu walau telah mengumumkan menyokong BN apabila keluar PKR akhir bulan lalu.

"Pusat khidmat baru di kawasan Pelabuhan Klang juga, dan kita akan berwajah baru. Di situ pengundi, rakyat semua boleh datang. Bukan saja untuk minta bantuan atau apa saja, boleh beritahu saya apa hasrat mereka,” katanya.

Beliau berkata, kedudukannya sebagai wakil rakyat bebas kini "macam pakai baju baru, dan sekolah pun baru," katanya dengan berseloroh ketika ditemui di luar DUN Selangor hari ini.

"Bebas itu tidak bermaksud bebas boleh buat ikut suka," katanya yang mengakui menghadapi masalah untuk "memuaskan hati semua orang," berikutan tindakannya keluar parti.

"Saya tak mahu orang itu kecil hati, orang ini marah. Semua saya kena jaga. Sekarang saya belajar macam mana untuk puaskan hati semua orang sama ada dalam BN atau Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Badrul Hisham berkata, beliau juga bersedia menerima teguran daripada masyarakat dan pengundi di kawasannya, kesan daripada tindakannya keluar parti.

"Boleh tegur saya, boleh kritik saya, tak apa. Sebenarnya kita kena belajar. Kalau tak kena kritik pun tak boleh, kalau banyak sangat puji pun tak boleh," katanya lagi.

"Saya sokong BN sebagai platform dasar-dasar. Sebab pemimpinnya Melayu dan memperjuangkan Islam," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Badrul juga mengelak apabila diminta mengulas desas-desus berkaitan pertemuannya dengan ketua pembangkang Selangor Datuk Seri Khir Toyo minggu lalu.

"Bila tu? Kalau ada ura-ura, mesti tahu tarikhnya bila. Selasa atau Rabu atau Khamis? Saya ada banyak hal lagi untuk diuruskan sebagai wakil rakyat," katanya lagi.

Jelasnya, beliau kini menumpukan untuk memberi bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di kawasannya supaya membolehkan mereka menghadiri persekolahan.

"Keluarga yang tak mampu kita cuba sedaya upaya supaya dapat pergi ke sekolah dengan gembira. Masyarakat Melayu ini tahulah kadang-kadang ada yang pergi ke sekolah dengan terpaksa," katanya lagi.

ADS