Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini Walaupun Chin Peng ingin sekali pulang ke tanah tumpah darahnya, tetapi bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang kini berusia 85 tahun bagaimanapun belum bersedia untuk memohon maaf atas apa yang telah berlaku - tidak seperti yang dilaporkan media minggu lalu.

chin peng hat yai interview 6 "Saya tidak ada niat lain selain daripada untuk pulang ke tanahair saya," katanya.

Kerajaan pula berkeras tidak membenarkan Chin Peng, yang kini tinggal di Thailand, untuk memijak bumi Malaysia atas alasan kekejaman yang telah dilakukan oleh PKM.

Bercakap kepada media, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, berkata beliau berhasrat menziarahi perkuburan ibu bapanya serta menemui semula anggota keluarganya.

Chin Peng berada di bandar di selatan Thailand untuk menyambut ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai, yang telah menamatkan perjuangan bersenjata PKM.

Perjanjian damai itu ditandatangani oleh Chin Peng dan Rashid Maidin yang mewakili PKM dan Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub bagi pihak kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989.

Keinginannya untuk pulang ke tanahair begitu kuat sekali sehinggakan bekas pemimpin PKM itu sedang menimbang masuk Malaysia secara senyap-senyap dan terserahlah kepada pihak kerajaan untuk menentukan syaratnya.

"Saya tidak ada niat lain. Saya berharap dapat pulang untuk berdoa untuk ibu bapa dan saudara saya yang sudah pergi. Itulah pengharapan saya selagi masa masih ada," katanya.

chin peng hat yai interview 5 Chin Peng berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung perkara itu apabila perdana menteri melawat selatan Thai bulan depan.

Bagaimanapun, Chin Peng, yang berasal dari Sitiawan, tidak bersedia untuk memohon maaf di atas perjuangan bersenjatanya.

Ditanya sekiranya beliau sedia menimbang berbuat demikian sebagai 'tiket' untuk pulang, beliau termenung sejenak dan dengan tegas berkata "tidak".

Peguamnya Leong Cheok Keng, yang menemani Chin Peng sewaktu wawancara tersebut, mengkritik sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung isu "permohonan maaf" itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar The Star minggu lalu, Chin Peng dilaporkan telah memohon maaf kepada mangsa dan keluarga yang menjadi mangsa keganasan PKM.

Beliau dipetik sebagai berkata walaupun PKM tidak pernah berniat untuk membunuh orang awam yang tidak berdosa, tetapi beliau mengakui "kami mungkin telah melakukan kesilapan dalam beberapa kes".

Sebaliknya menurut Leong yang turut membawa rakaman wawancara dengan akhbar The Star, Chin Peng berkata beliau sedia memohon maaf sekiranya ada bukti yang menunjukkan anggota PKM telah dengan sengaja membunuh rakyat yang tidak berdosa.

Katanya, adalah tidak adil bagi akhbar tersebut untuk memainkan isu "permohonan maaf" itu kerana ia memberi gambaran yang Chin Peng menyesal atau telah mengaku membunuh orang yang tidak berdosa.

Baca berita penuh

ADS