Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'gor lantik 42 ketua komuniti India
Diterbitkan:  Dec 2, 2009 4:36 AM
Dikemaskini: 4:39 AM

Satu sesi temuduga telah dijalankan di bangunan pentadbiran kerajaan negeri (SUK) untuk memilih ketua komuniti kaum India bagi 42 kampung dan kawasan perumahan yang ramai masyarakat India di seluruh Selangor.

Ini adalah langkah julung kali kerajaan Pakatan Rakyat melantik ketua komuniti yang mewakili masyarakat India sebagai sebahagian dari struktur pentadbiran di negeri Selangor.

interviu ketua komuniti india selangor Sesi temuduga tersebut dijalankan pada semalam dan kelmarin yang dihadiri oleh 90 orang calon, demikian menurut kenyataan sekretariat akhbar kerajaan negeri hari ini.

Mereka ditemuduga oleh panel pemilihan yang diketuai exco kerajaan negeri Yaakub Sapari dan Dr Xavier Jayakumar serta pembantu exco yang juga ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafie.

Mereka dibantu oleh ketua penolong pegawai daerah serta penghulu mukim daerah masing-masing serta pegawai seksyen pihak berkuasa tempatan, Upen.

Antara lain matlamat perlantikan ini adalah untuk membolehkan kerajaan negeri menyampaikan maklumat kepada masyarakat India akar umbi melalui ketua-ketua komuniti yang akan dilantik nanti.