Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Pemimpin MCA setuju pemilihan baru parti
Diterbitkan:  Dec 13, 2009 8:39 PM
Dikemaskini: 2:42 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin MCA secara prinsipnya bersetuju supaya pemilihan baru parti itu diadakan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, mereka memerlukan masa untuk menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing bagi membolehkan pemilihan parti itu diadakan.

"MCA sedar mereka perlu selesaikan konflik (dalaman parti itu) dalam masa tertentu. Kalau tidak boleh cepat, jangan terlalu lambat," katanya selepas menghadiri bengkel siri kelima pembentangan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di ibunegara hari ini.

Perdana Menteri berkata MCA tidak menetapkan tempoh tertentu bagi pemimpinnya menyerahkan surat peletakan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru parti itu diadakan.

"Pemimpin-pemimpin itu masih berbincang untuk mendapatkan konsensus di kalangan mereka. Pada hakikatnya mereka belum lagi menyerahkan surat peletakan jawatan mereka tidak bermakna mereka tidak akan berbuat demikian.

"Ini semua bergantung pada persefahaman bahawa mereka akan bersetuju tidak lama lagi. Apa yang masih perlu diselesaikan ialah masa pemilihan MCA diadakan. Tetapi pada prinsipnya mengadakan pemilihan sudah diterima," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebahagian pemimpin MCA enggan meletakkan jawatan bagi membolehkan pemilihan baru parti itu diadakan dalam usaha menyelesaikan konflik dalaman parti berkenaan.

Ditanya mengenai perkembangan terkini dalam MCA, Najib yang juga Pengerusi BN berkata setakat ini tiada perkembangan baru dan beliau masih menanti tindakan seterusnya daripada pemimpin parti tersebut. - Bernama

ADS