Penjelasan Aziz Bari

   

Pensyarah Universiti Islam Malaysia (UIA) Dr Abdul Aziz Bari menjelaskan berlaku salahfaham berhubung ketidakhadirannya di forum "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" di Universiti Malaya semalam.

Forum tersebut anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, berlangsung selama satu jam setengah mulai jam 9.45 malam.

interfaith dr aziz bari interview 080606 serious Berikut adalah penjelasan penuh Dr Aziz Bari ekoran laporan mengenai perkara itu:

"Nampaknya ketidakhadiran saya semalam menimbulkan keadaan dan tanggapan yang kian kusut dan mengelirukan. Saya ingin menjelaskan pihak UIA tidak memberi amaran supaya saya tidak hadir dalam forum itu.

"Malangnya penganjur forum itu salah faham dengan maksud emel saya itu. Ketidakfahaman itu menyebabkan media terkeliru sama dan timbul laporan yang menimbulkan imej negatif pada UIA. Ini tidak adil dan tidak betul. Saya sekadar berkomunikasi dengan penganjur; komunikasi itu tidak harus dijadikan kenyataan umum kerana ia tidak dimaksudkan begitu.

"Maksud sebenarnya saya ialah saya tidak selesa dengan publisiti negatif forum berkenaan. Dan sebagai orang luar saya berasa ragu untuk masuk ke kampus tersebut dalam keadaan sedemikian.

"Saya maksudkan keadaan sulit dan tekanan dalam suasana politik sekarang. Bukan tekanan dari UIA. UIA tidak ada kena mengena dengan forum itu. Saya melihat masalah itu ialah antara penganjur forum itu dengan pihak UM. Bukan dengan UIA.

"Saya menyebut tekanan tapi bukan tekanan dari UIA. Tekanan dirasakan akibat pergolakan sekarang. Ia ingatan umum tentang peraturan universiti dan tidak merujuk kepada forum malam tadi.

"Malangnya apa yang saya sebutkan 'amaran' itu disalahanggap dan penganjur ingat merujuk kepada forum itu."

Malaysiakini
terkini untuk anda