BERITA Malaysiakini

Peniaga di KT naikkan harga minuman

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Sudah ada peniaga minuman di sekitar bandar Kuala Terengganu dikesan menaikkan harga jualan mereka dengan alasan harga gula

dinaikkan baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan.

"Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun.

Harga gula naik 20 sen sekilogram bermula 1 Jan lalu.

Abdul Ghani berkata operasi semalam melibatkan 30 pegawai penguatkuasa dibuat di beberapa lokasi terpilih sekitar kawasan bandar dan akan diteruskan ke seluruh negeri.

Beliau meminta pengguna membuat aduan segera ke pejabat KPDKK jika mendapati peniaga menaikkan harga minuman.

- Bernama