Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP terus membuat kejutan dengan kali ini mendakwa kaum Cina di Malaysia tidak layak mendapatkan pinjaman perniagaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Dana dari tabung berkenaan diperuntukkan kerajaan bagi membantu peniaga kecil, penjaja, ibu tunggal dan usahawan kecil dan sederhana.

m kulasegaran Bercakap pada sidang media di Ipoh, Naib Presiden DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata tindakan berkenaan tidak adil kerana 30 peratus daripada penduduk Malaysia adalah kaum Cina dan 85 peratus daripada mereka adalah pembayar cukai.

Kula mendakwa dia pernah berdepan dengan pegawai Tekun di Ipoh dan meminta penjelasan mengapa masyarakat Cina dipinggirkan. Jawapan yang diberikan ialah tiada peruntukan daripa kerajaan persekutuan kepada mereka yang berbangsa Cina.

“Mengapa kaum Cina perlu didiskriminasikan kerana kerajaan BN perlu memahami bahawa bukan semua masyarakat Cina adalah kaya, ada juga yang miskin yang memerlukan bantuan kewangan bagi mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

India juga menjadi mangsa

 

Menurut Kula, di bawah program pinjaman perniagaan Tekun, kadar faedah yang dikenakan amat minimum bagi tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah agar mereka mampu membayar balik pinjaman berkenaan.

Program pinjaman it malaysia poor indian community poverty 230807 u juga tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Pinjaman yang diperuntukkan adalah daripada minimun RM500 hingga RM50,000 bergantung kepada keperluan setiap pemohon.

Kula juga menyelar kerajaan kerana kaum India hanya diperuntukkan lima peratus daripada dana pinjaman Tekun itu.

Katanya, lebih memilukan apabila wang itu tidak boleh dipohon secara terus kepada  Tekun tetapi perlu melalui Yayasan Strategik Sosial (YSS) yang dimiliki oleh MIC di Kuala Lumpur.

    

[Berita lanjut menyusul]

ADS