Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penulis blog hina Almarhum Sultan Johor direman 4 hari
Diterbitkan:  Jan 26, 2010 1:30 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

TERKINI Mahkamah Majistret Kota Bharu memerintahkan penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, ditahan reman selama empat hari.

Penulis blog itu NONE yang dikenali sebagai Aduka Taruna ( berbaju perang ), menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang semalam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu, lapor The Star Online.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka didakwa menyiarkan artikel di blognya www.adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog itu.

ADS