Perak: Nizar dahului, Zambry ekori rapat

       

Meskipun berjaya merampas Perak dengan cara yang penuh kontroversi, namun kepopularan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini  menunjukkan sedikit peningkatan.

NONE Bagaimanapun, bagi sebahagian besar rakyat Perak, menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah orang yang paling layak menerajui negeri itu.

Menurut bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre, yang dikeluarkan hari ini, sempena ulang tahun pertama BN berkuasa, 46 peratus menyokong Nizar manakala Zambry mengekori rapat dengan 44 peratus.

Bancian itu juga menunjukkan di kalangan masyarakat Cina, sokongan kepada Nizar adalah padu. 59 peratus menyokongnya berbanding hanya 16 peratus yang mahukan Zambry.

NONE Di kalangan masyarakat Melayu pula, 67 peratus menyokong Zambry berbanding 35 peratus undi  yang diperolehi oleh Nizar.

Kajian oleh Merdeka Centre itu membabitkan sampel 805 orang. Daripada jumlah itu, 382 adalah Melayu, 330 Cina manakala 93 lagi terdiri daripada India.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda