Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh terus mentadbir Perak kerana dia sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

NONE Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang membaca penghakiman 41 muka surat pagi tadi berkata membenarkan Nizar berbuat demikian akan bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Bagaimanapun, Arifin berkata ini tidak bermakna kepada penghujung perkara berkenaan.

“Nizar boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden (Zambry) atau membuat perwakilan kepada sultan pada bila-bila masa jika beliau berpendapat responden tidak lagi mempunyai sokongan ahli dewan,” katanya.

Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Selain Arifin, hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

[Baca berita lanjut]

ADS