Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
300 terima kunci rumah dari Anwar esok
Diterbitkan:  Feb 19, 2010 11:51 AM
Dikemaskini: 9:54 AM

Seramai 300 penduduk di Hulu Kelang dan Puchong merupakan kumpulan terawal yang berjaya memiliki rumah di Selangor melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.

anwar ceramah at party hq 070210 01 Penduduk berkenaan akan menerima kunci rumah masing-masing di Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong dari Datuk Seri Anwar Ibrahim esok, demikian kenyataan pejabat penasihat ekonomi Selangor itu.

Kos pemulihan projek-projek berkenaan dianggarkan berjumlah RM5 bilion, membabitkan hampir 5,000 unit rumah terbengkalai di 141 kawasan perumahan di Selangor.

"(Pemulihan rumah terbengkalai ini bertujuan) membantu pembeli yang kebanyakannya golongan berpendapatan sederhana dan rendah, yang tidak dibela sejak sekian lama, akibat menanggung hutang pinjaman walaupun rumah belian mereka tidak dapat disiapkan.

"Kerajaan negeri akan menyuntik bantuan dalam bentuk underwriting (jaminan bayar balik) bagi projek yang tidak dapat dipulihkan oleh pihak swasta dengan melibatkan kontraktor baru melalui tender terbuka.

"Kerajaan negeri menyediakan geran bayar balik kepada perunding perumahan yang berminat untuk menyelamatkan projek perumahan yang terbengkalai," kata kenyataan itu lagi.

bersih suhakam memo 091107 saari sungib Program itu diselia oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib ( kanan ) dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran dari syarikat swasta.

Jawatankuasa itu pula diletakkan di bawah jawatankuasa induk yang akan turut dianggotai exco perumahan, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.

Menurut kenyataan itu lagi, lapan projek perumahan berjaya disiapkan, manakala 42 lagi diambil alih dari pemaju dan kontraktor bermasalah sehingga Jun tahun lalu.

"Kerajaan Selangor mensasarkan 20 peratus daripada jumlah keseluruhan unit, dapat dipulihkan dan diserahkan kepada pembeli bagi tahun 2010," katanya.

 

ADS