Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Murugiah keluar PPP jika tewas
Diterbitkan:  Feb 23, 2010 12:06 PM
Dikemaskini: 4:13 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata beliau akan meninggalkan Parti Progresif Penduduk (PPP) jika Mahkamah Tinggi mengesahkan beliau bukan presiden parti itu yang sah.

Mahkamah dijangka mendengar pada 1 Mac ini permohonan Murugiah supaya pengisytiharan Tribunal Timbang Tara Malaysia (Mate) bahawa beliau adalah presiden PPP yang sah dikuatkuasakan.

NONE "Tapi sekiranya saya tewas, saya akan tinggalkan parti bersama-sama 210,000 ahli PPP di seluruh negara yang kini berada bersama-sama saya.

Kami akan mencari satu platform yang baru selepas itu," katanya kepada pemberita malam semalam selepas satu perjumpaan dengan penyokongnya di Ipoh.

Murugiah ( atas, berbaju hitam ) dan Presiden PPP Datuk M Kayveas terbabit dalam pertelingkahan merebut jawatan utama parti berkenaan sejak Mei tahun lalu. Murugiah telah mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa yang menyaksikan beliau dipilih sebagai presiden tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) memutuskan bahawa Kayveas ( bawah, tengah ) adalah presiden yang sah.

kayveas supreme council meeting 240609 Mate pula mendapati Murugiah adalah presiden yang sah dan ini mendorong beliau mengemukakan permohonan di mahkamah supaya keputusan tribunal itu dilaksanakan.

    

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Diana Md Razali menetapkan tarikh 1 Mac ini untuk sebutan kes yang difailkan oleh Murugiah pada 28 Dis tahun lalu untuk menguatkuasakan keputusan Mate itu.

Sambil berjanji akan akur dengan sebarang keputusan mahkamah nanti, Murugiah berharap Kayveas juga tidak akan menimbulkan sebarang bantahan jika keputusan tidak memihak kepadanya.

- Bernama

ADS