Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li akui masih setia pada perjuangan Umno
Diterbitkan:  Feb 26, 2010 2:10 PM
Dikemaskini: 6:14 AM

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui dirinya masih setia kepada perjuangan Umno walaupun terus menyuarakan hak Kelantan dalam tuntutan royalti minyak.

Beliau menolak dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan beliau tidak setia kepada perjuangan Umno berikutan tindakannya memperjuangkan hak Kelantan untuk mendapat bayaran royalti minyak.

tengku razaleigh hamzah interview with malaysiakini 4 Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang memberitahu pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Umno bahagian itu di Bukit Chekati dekat Gua Musang bahawa beliau masih setia kepada perjuangan parti itu.

Pada 28 Jan lalu, Tengku Razaleigh turut berceramah di program solat hajat dan ceramah perdana Isu Royalti Minyak Kelantan anjuran badan bukan kerajaan di Stadium Sultan Mohammed IV yang turut dihadiri oleh pemimpin PAS.

Beliau pada ceramah itu menegaskan bahawa Kelantan layak menerima wang royalti minyak sebanyak lima peratus, dan selepas itu terus mempertahankan pandangannya itu.

- Bernama

   

ADS