Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN: Organ rakyat Malaysia dijual ke luar negara
Diterbitkan:  Mar 2, 2010 8:51 AM
Dikemaskini: 8:55 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan wujud kegiatan menjual organ membabitkan mangsa rakyat Malaysia ke luar negara.

Ketua Setiausaha human organ transplant 160307 operation removal of organ kementerian, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata kebanyakan mangsa yang dilaporkan adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

"Mereka ini ada yang diculik dan dibawa ke negara asing sebelum organ mereka dicuri dan dijual kepada yang memerlukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran kempen Anti Pemerdagangan Manusia di Padang Besar hari ini.

Beliau yang tidak mendedahkan tahap keseriusan kegiatan itu berkata ada juga mangsa yang diperdaya untuk menjual organ mereka di negara asing tetapi tidak dibayar seperti dijanjikan.

human organ transplant 160307 transport box "Penjualan organ ini yang berlaku sama ada dalam bentuk paksaan, tidak sedar atau dalam keadaan sedar adalah salah dan tertakluk kepada Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," katanya.

Mengulas mengenai kegiatan pemerdagangan orang di negara ini, Abdul Rahim berkata dalam tempoh 28 Februari 2008 hingga 7 Februari lalu, seramai 186 orang telah didakwa mengikut akta berkenaan.

"Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kaum wanita dan perangkaan menunjukkan daripada 231 mangsa kes itu sejak dua tahun lalu, 154 orang adalah wanita," katanya.

 - Bernama

ADS