mk-logo
Berita
Ka Ting sahkan bertanding Presiden MCA
Diterbitkan:  Mar 16, 2010 4:54 AM
Dikemaskini: 8:19 AM

Bekas presiden MCA, Tan Sri  Ong Ka Ting hari ini mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan 28 Mac ini.

ong ka ting interview 140408 11 Ka Ting berkata keputusannya itu berdasarkan dorongan yang diberikan oleh perwakilan parti itu, ahli-ahli veteran dan juga ahli biasa yang mendesaknya 'menyelamatkan' MCA.

"Paling penting, saya percaya gesaan mereka didorong oleh cinta mereka kepada parti dan ingin melihat kemelut dalaman parti yang berlarutan sekarang ini berakhir.

"Kepada semua anggota parti yang prihatin dan sayangkan parti, saya kata, saya dapat dengar dengan lantang dan jelas.

"Oleh itu, saya ingin mengumumkan pencalonan saya bagi jawatan Presiden MCA bagi pemilihan parti akan datang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ka Ting berkata walaupun beliau pernah berjanji bahawa tidak akan bertanding semula, namun keadaan semasa dalam parti itu memaksa beliau mengubah pendiriannya.

"Apabila saya umumkan pada 28 Jun, 2008 untuk tidak bertanding semula kerusi presiden, saya berpendapat yang saya tinggalkan MCA di tangan yang selamat dan bersatu.

" Tetapi sebagai bekas presiden parti, ia bukan satu rahsia bahawa kedudukan hal ehwal parti itu telah membuat saya begitu sedih dengan perkara sebaliknya yang berlaku, malah budaya politik yang sihat juga terhakis," katanya.

Selain Ka Ting, hanya Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat telah mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini