Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn masih seorang wakil rakyat yang sah.

Menurut Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, selagi peletakan jawatan itu belum dimaklumkan oleh speaker DUN Perlis Datuk Yazid Mat kepada pihaknya, Yip masih wakil kerusi itu yang sah.

NONE "Kami pun sedar melalui media elektronik dan cetak. Boleh jadi kamu tahu lebih banyak daripada kami. Secara rasmi, sehingga sidang media ini, tiada makluman daripada speaker," katanya.

Abdul Aziz berkata, selepas dimaklumkan oleh speaker dan dibincangkan dalam mesyuarat khas SPR barulah keputusan sama ada terdapat kekosngan luar jangka di kawasan DUN tersebut dapat diputuskan.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya pagi ini, Abdul Aziz menambah, melainkan SPR, tiada sesiapa yang boleh memutuskan terdapat kekosngan di mana-mana kerusi, walaupun speaker sendiri.

Ditanya sama ada Yip boleh menarik balik peletakan jawatannya, Abdul Aziz hanya berkata:“Terpulanglang kepada dia.”

Jawapan yang sama diberikan ketika ditanya berapa lama spekar boleh menahan surat perletakan jawatan mana-mana Adun sebelum diserahkan kepada SPR.

Najib: Yip akan terus bersama BN

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa Yip tidak akan meletakkan jawatan dan akan terus bersama BN.

"Saya dah dapat pengesahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu, bahawa beliau tetap akan menyokong Barisan Nasional dan tidak akan letak jawatan," katanya yang dipetik Berita Harian , sebelum berlepas pulang selepas menghadiri sebuah persidangan di Hong Kong.

azlan Kelmarin, Yip menghantar surat peletakan jawatannya kepada speaker DUN Perlis, antaranya berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat,

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan bahawa Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Beliau digantikan dengan Adun MCA Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 Mac 2008, Yip menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keria Senawi dan Mohammad Radzi Mustaffa (Bebas) dengan majoriti 1,841 undi.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini