Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Isu pengauditan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) "tidak relevan" kerana yayasan tersebut mempunyai firma akauntan bertauliah yang dilantiknya sendiri, kata seorang ADUN BN.

Datuk Mohd Shamsuddin Lias (Sungai Burong) berkata, daripada tahun 1993 sehingga 2008 YBK telus mengaudit kewangan dan semua kegiatan, yang turut boleh diakses di laman webnya.

NONE "Isu audit tidak relevan kerana audit YBK dilakukan oleh akauntan bertaulian dan dikiktiraf seperti Price Waterhouse dan Norazizi Rashim & Associates.

"Tindakan ini selaras dengan klausa 16 undang tubuh YBK yang turut memperuntukkan bahawa hanya firma akauntan bertauliah yang dilantik lembaga pemegang amanah berhak untuk mengaudit urusan kewangan YBK," kata Mohd Shamsuddin lagi.

Awal petang tadi, kerajaan Selangor mengedarkan kertas putih mengenai YBK kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

NONE Membentangkan laporan eksekutifnya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendakwa, siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis YBK, menyebabkan audit tersebut tidak dapat dilengkapkan.

Ketika membahaskan titah Sultan Selangor pada persidangan DUN negeri petang tadi, Mohd Shamsuddin juga menegaskan, yayasan tersebut juga menghalang usaha kerajaan negeri untuk mengaudit harta dan aktivitinya "demi kepentingan umum".

Dihubungi Malaysiakini ketika DUN ditangguhkan sementara pada jam 7 petang, Mohd Shamsuddin tetap mempertahankan NGO terbabit yang disifatkannya "telus, ikhlas dan berwibawa untuk melaksanakan agenda pembasmian kemiskinan di Selangor".

Bagaimanapun, beliau menafikan YBK menghalang proses pengauditan oleh pihak kerajaan negeri.

"Bukan halang, tetapi mereka tidak berhak. Kalau hendak audit, kena ikut saluran yang betul," katanya lagi.

ADS