Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Di sebalik imej 'liberal' yang sering dikaitkan padanya, calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yakin dapat memenangi hati pengundi di kawasan parlimen tersebut, termasuk masyarakat Melayu.

NONE Katanya, walaupun terdapat tinjauan bahawa orang Melayu selesa dengan pendekatan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - yang lantang bersuara dalam isu-isu Melayu - beliau "tidak akan menggadaikan prinsip demi populariti".

"Apa pun (keputusan) tinjauan, saya yakin, saya faham orang Melayu, saya faham orang Islam. Dan saya akan buktikan pada (hari pengundian) 25 haribulan (April) ini," kata Zaid.

Sebuah badan peninjau bebas Merdeka Centre sebelum ini pernah mengadakan tinjauan tentang penerimaan orang Melayu terhadap pendekatan PERKASA, di mana dapatannya menunjukkan mendapati lebih separuh daripada mereka menyokongnya.

Zaid pula yang terkenal sebagai 'gergasi firma guaman' di Malaysia dilihat pelbagai pihak sebagai lebih 'liberal', ' urban ' dan kononnya tidak cocok dengan imej Melayu tradisional.

NONE Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman mewahnya di Petaling Jaya kelmarin, Zaid menolak keras label itu dan menyifatkannya sebagai hanya "propaganda".

"Liberal itu ertinya apa? Itu Umno punya propaganda," katanya sambil mendakwa perkataan yang digunakan itu mempunya konotasi negatif.

"Apa yang liberal sangat, yang ditakuti sangat itu? Hak rakyat tak kira bangsa kita kena bela."

Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau yakin cukup faham dengan masalah orang Melayu di Hulu Selangor.

"Saya lebih faham masalah Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) daripada orang BN. Kalau orang BN faham pun dia takut hendak bersuara. Itu bezanya," katanya.

LAGI

ADS