Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul nik aziz kuala kubu baru 230410 am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

hulu selangor by-election 230410 nik aziz support zaid ibrahim 03 "Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan naib presiden PKR Azmin Ali.

JAIS ditempelak

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

hulu selangor by-election 230410 nik aziz support zaid ibrahim "Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini