mk-logo
Berita
Pengerusi DAP S'wak calon Pakatan di Sibu
Diterbitkan:  Apr 27, 2010 3:00 PM
Dikemaskini: Apr 28, 2010 2:05 AM

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng sekali lagi dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Dalam pilihan raya umum 2008,  Wong dan calon PKR Lim Chun Chung tewas kepada calon BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew dengan majoriti 3,549 undi.

Kerusi parlimen Sibu kini kosong ekoran kematian penyandangnya Robert akibat barah pada 9 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 8 Mei dan pengundian pada 16 Mei.

Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 undi pos.

Pemilihan Wong yang juga ADUN Bukit Assek, diumumkan oleh setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu majlis jamuan malam yang dihadiri  pemimpin Pakatan di Sibu malam tadi.

BN telah mengumumkan pemilihan peguam Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai calon BN.

.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini