BERITA Malaysiakini

Fakhry ditangkap, Tengku Anis diawasi

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalam.

tengku fakhry manohara odelia pinot 260609 Menurut Kosmo , Tengku Fakhry ( kanan ) ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Akhbar tabloid itu yang memetik sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan.

Mereka dikatakan baru keluar kira-kira 50 meter dari Istana Mahkota.

Kejadian itu berlaku pada jam 7.30 malam.

Semasa kejadian, turut berada dalam sebuah daripada kenderaan rombongan itu ialah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.