Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

Inflasi April naik 1.5 peratus berbanding tahun lalu

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April lalu naik sebanyak 1.5 peratus berbanding bulan sama tahun lalu tetapi tidak berubah bulan ke bulan.

inflation Bagi tempoh Januari-April, IHP meningkat 1.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini.

Tahun ke tahun, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan masing-masing meningkat 2.2 peratus dan 1.2 peratus, kata jabatan itu.

Bagaimanapun, bagi asas bulan ke bulan, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan kekal tidak berubah.

Bagi asas bulan ke bulan, jabatan itu berkata kumpulan utama menunjukkan kenaikan kecuali pakaian dan kasut (-0.3 peratus) dan komunikasi (-0.3 peratus).

Kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus).

Kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (2.7 peratus); pendidikan (1.8 peratus); restoran dan hotel (1.6 peratus); kesihatan (1.5 peratus); dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.7 peratus).

 - Bernama