Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Siasatan ke atas Koperasi Al-Hilal Bhd (Kohilal) yang kerugian hampir RM40 juta, sudah selesai, kata pengerusi lembaga Kohilal, Mat Samsudin Abdullah.

kohilal logo 120105 Menurut beliau, Kohilal kini diletakkan di bawah lembaga pengurusan baru yang dilantik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - (dahulunya Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia) sejak 2007.

"Siasatan sudah selesai dan sekarang lembaga baru tumpukan untuk memulihkan koperasi," kata Mat Samsudin ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Beliau berkata tumpuan tersebut termasuk aktiviti mempromosikan produk baru keluaran Kohilal.

Ketika ditanya, Mat Samsudin bagaimanapun enggan mengulas aktiviti pelaburan yang didakwa menyebabkan Kohilal mengalami kerugian berjumlah hampir RM40 juta itu.

“Siasatan sudah selesai dan lembaga baru yang menguruskan (Kohilal) sekarang. Jadi tidak adil bagi saya untuk memberi komen sekarang kerana semua itu berlaku dalam lembaga dahulu,” katanya.

Ditanya lanjut, beliau juga enggan mendedahkan hasil siasatan yang dilakukan oleh suruhanjaya berkenaan.

“Hasil siasatan itu ada pada mereka. Tidak adil (kepada ahli lembaga terdahulu) jika saya dedahkan,” katanya lagi.

Isu ini kembali mencuri perhatian susulan laporan akhbar Utusan Malaysia semalam berhubung dakwaan skandal berkenaan.

azlan Laporan itu menyebut, presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan “penyelewengan pengurusan” yang berlaku sejak 2001.

Ibrahim dilaporkan telah menyedia satu dokumen berhubung dakwaan skandal itu, yang didakwa berlaku dalam sebuah anak syarikat koperasi berkenaan Kohilal Holdings Sdn Bhd.

Memetik exco kerajaan Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, laporan hari ini, akhbar itu juga menyebut, kegiatan Kohilal kini "dibekukan buat sementara waktu."

nik mohd amar nik abdullah Dalam pada itu pula, lidah rasmi PAS memetik Mohd Amar sebagai berkata, Kohilal sedang "memperbaiki pengurusan baru untuk membuat perubahan dalam koperasi itu agar ia pulih semula."

Beliau juga berkata, Kohilal tidak perlu memberi penjelasan kepada PERKASA memandangkan Ibrahim Ali tidak menganggotai koperasi berkenaan.

Mohd Amar juga menepis dakwaan yang ditimbulkan Ibrahim, namun mengakui bahawa Kohilal sememangnya "mempunyai sedikit masalah."

“Kadang-kadang nasib kita baik, kita mencarum di tempat yang kebetulan ada rezeki yang baik untuk kita, kita akan mendapat keuntungan yang lebih. Jika tidak, inilah yang terpaksa kita tanggung,” ujarnya lagi.

ADS