Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes MP Batu: Tian Chua akan rayu
Diterbitkan:  Jun 22, 2010 6:00 PM
Dikemaskini: 11:52 AM

Ahli parlimen Batu Tian Chua akan memfailkan permohonan bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengenakan hukuman denda yang boleh menyebabkan kerusi parlimennya diisytiharkan kosong.

bersih parliament police blockade memo 111207 tian chua hauled Peguamnnya Ranjit Singh berkata permohonan itu akan difailkan di Mahkamah Rayuan seawal minggu depan.

Chua diberi tempoh selama 14 hari untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu, yang menetapkan denda sebanyak RM2,000 atau dua bulan penjara atas kesalahan menggigit polis.

Pertikaian pada masa ini tertumpu kepada kesan denda tersebut ke atas kerusi Chua, memandangkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kerusi seseorang wakil rakyat boleh dibatalkan oleh mana-mana mahkamah sekiranya dihukum denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Jun lalu mengurangkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara, yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret pada 29 Oktober tahun lalu.

NONE "Memandangkan perkara ini pada awalnya didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Majistret, rayuan di Mahkamah Rayuan bukanlah (secara) automatik.

"Penangguhan hukuman oleh Mahkamah Rayuan adalah perlu dan tertakluk kepada persoalan undang-undang uang timbul dalam proses rayuan di Mahkamah Tinggi," kata Ranjit dalam satu kenyataan.

"Walaupun penetapan hukuman telah menjadi pertikaian umum (berkaitan kesan kepada kedudukan Chua), permohonan untuk menangguhkan hukuman bagi rayuan akan dikemukakan, sebahagian besarnya, (bagi mencabar) keputusan Mahkamah Tinggi yang mempertahankan sabitan tersebut," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS