Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat tolak usul tergempar Scorpene
Diterbitkan:  Jun 30, 2010 4:33 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Speaker Pandikar Amin Mulia hari ini mendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan bahawa RM575 juta komisyen dibayar kepada Abdul Razak Baginda sebagai sebahagian daripada pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07 Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), yang mengemukakan usul kepada Pandikar (kiri) semalam supaya Dewan Rakyat membincangkan perkara itu, Speaker berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa SPRM sedang menyiasatnya.

Atas sebab tersebut, isu berkenaan adalah tidak mendesak untuk  dibincangkan oleh Dewan Rakyat, tegas Pandikar dalam suratnya kepada Leong untuk memaklumkan usulnya itu telah ditolak.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.7 bilion untuk membeli kapal selam buatan Perancis itu.

Daripada jumlah keseluruhan, RM574.8 juta pergi kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak, seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak.

azlan Najib merupakan menteri pertahanan sewaktu urusniaga tersebut.

Kerajaan telah menafikan komisyen dibayar dalam urusan pembelian kapal selam tersebut, dengan menegaskan bahawa jumlah itu - yang merupakan 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal selam berkenaan yang berjumlah RM4.85 bilion - adalah untuk perkhidmatan sokongan dan penyelarasan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

P embayaran tersebut juga kini sedang disiasat pihak berkuasa Perancis kerana "komisyen" seumpama itu adalah salah di bawah undang-undang Perancis.

Dalam pkr keadilan weekly pc 280607 william leong suratnya kepada Pandikar, Leong (kanan) berkata isu tersebut telah menarik perhatian media asing kerana wujudnya dakwaan bahawa Najib terlibat dalam isu tersebut.

Sampai hari ini, tambahnya, tidak satu pun pihak berkuasa yang mengambil tindakan untuk menyiasat skandal itu.

Malah, katanya, seorang jurucakap pejabat perdana menteri telah menyatakan bahawa 'tidak ada kes' terhadap skandal tersebut.

[Berita asal]

 

 

 

 

ADS