Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa beliau mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa blogger Raja Petra Kamarudin dan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menginap di hotel yang sama ketika berada di United Kingdom, tahun lalu.

zahrain hashim parliament 180310 "Saya mempunyai dokumen tempahan hotel mereka. Raja Petra membuat tempahan dari 1hingga 4 Oktober di Britannia Hotel di Manchester dan Zaid membuat tempahan di hotel yang sama dari 1 hingga 3 Oktober,” katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Ahli parlimen PKR yang berpaling tadah Februari lalu dan mengisytiharkan dirinya wakil Bebas mempersoalkan perkara berkenaan dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) meyiasat bagi menentukan kaitan kedua-dua mereka.

"Saya minta SPRM menyiasat siapa yang membiayai kos penginapan Raja Petra di London. Apa yang dilakukan oleh Zaid dengan penjenayah itu di Manchester?” soal Zahrain.

Diasak wartawan, sama ada beliau mendakwa Zaid yang membekalkan dana berkenaan, Zahrain menafikan perkara tersebut tetapi berkata dia mahu SPRM menyiasat perkara itu sehingga akar umbi.

azlan Zahrain juga mendakwa beliau mempunyai salinan email dari Raja Petra kepada anak perempuannya yang menyatakan bahawa beliau menerima RM470,000 daripada Amarjit Singh.

Zahrain berkata, oleh kerana Amarjit adalah peguam bagi kedua-dua Raja Petra dan PKR, wang berkenaan mungkin datang dari bekas partinya itu.

"Berdasarkan tempahan hotel, saya tahu ada kaitan antara orang kanan PKR itu dengan Raja Petra. Justeru, saya mahu Mohd Nazri Abdul Aziz dan SPRM menyiasat,” katanya.

Zahrain berkata beliau akan menyerahkan maklumatnya itu kepada Nazri selepang sidang medianya.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini