Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Latiff: Lapor Scorpene 'bermasalah' dengan tepat
Diterbitkan:  Jul 16, 2010 5:13 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

Media perlu melaporkan perkembangan tepat mengenai kapal selam negara supaya rakyat tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang yang kurang faham mengenai fungsi aset negara itu, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

NONE "Umpamanya, di Teluk Sepanggar, sekarang ada dua kapal selam, KD Tun Razak dan KD Tunku Abdul Rahman. Orang nampak kapal-kapal selam jenis Scorpene ini duduk saja atas air dan membuat tanggapan bahawa ia tak boleh menyelam.

"Tetapi ada bermacam-macam aktiviti dijalankan dalam kapal selam itu," katanya pada majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang Kementerian Pertahanan di Kem Tentera Lok Kawi dekat Kota Kinabalu, hari ini.

Abdul Latiff berkata, bahawa kapal selama tidak sama dengan kapal biasa yang mana orang boleh nampak kakitangan bekerja di atas dek.

NONE Beliau melahirkan rasa kesal kerana ada pihak yang mahu supaya siasatan dijalankan kerana kononnya satu daripada kapal selam itu sering rosak.

"Dakwaan seperti ini akan merisaukan rakyat," katanya.

KD Tunku Abdul Rahman, yang tiba di pangkalannya Teluk Sepanggar pada 17 September lalu, dan KD Tun Razak yang tiba semalam, dibeli oleh kerajaan Malaysia menerusi satu urus niaga bernilai RM3.4 bilion pada 2002 dan dibina di Toulon, Perancis.

 - Bernama

ADS