Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 100 penduduk mengadakan bantahan di hadapan Blok K, Pangsapuri Sri Semarak, Bukit Beruntung kerana tidak p uas hati ekoran kejadian "bumbung 1Malaysia" diterbangkan ketika ribut melanda kawasan itu petang Selasa lalu.

Bantahan yang diadakan secara aman itu berlangsung selama 40 minit bermula jam 6 petang tadi

"Kita minta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan kerajaan persekutuan menyiasat perkara ini. Penduduk bimbang ia akan berlaku di tempat lain (pada masa akan datang)," kata ahli majlis MDHS, Mat Rahat Ibrahim.

Bumbung itu telah diganti oleh kerajaan persekutuan ketika pilihan raya umum Hulu Selangor Mac lalu dan projek itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika program Juara Rakyat di Hulu Selangor sebelum itu.

Menurut laporan, sebanyak 57 blok pangsapuri kos rendah terlibat dalam projek tersebut.

Dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Mat Rahat y ang juga penga n jur bantahan tersebut berkata hanya bumbung blok itu sahaja yang diterbangkan ribut dalam kejadian Selasa lalu.

Berikutan kejadian itu, kerajaan Selangor telah mengarahkan MDHS menjalankan siasatan terhadap bumbung pangsapuri di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa bagi menentukan sama ada ianya masih selamat.

Mengulas lanjut, Mat Rahat yang juga setiausaha PKR cabang Hulu Selangor mendakwa perbelanjaan bumbung yang diganti termasuk perbelanjaan mengecat bagi ke semua blok di kedua-dua tempat menelan belanja lebih dari RM15 juta.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS