Malaysiakini BERITA

RM15 juta untuk 'perang' info S'gor

Kuek Ser Kuang Keng  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak, kerajaan Selangor memutuskan untuk memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

NONE "Jika kita mengambil populasi 5.2 juta rakyat Selangor, jumlah ini bersamaan RM3 untuk setiap seorang," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini dalam ucapan pembukaan dialog belanjawan 2010.

Katanya tindakan itu diambil bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak).

"Kita juga akan menerokai potensi bagi mewujudkan Radio Selangor bagi melebarkan penyebaran maklumat," katanya.

Khalid berkata beliau telah beruding berkata tersebut dengan perbendaharaan negeri yang bersetuju menyalurkan peruntukan itu berdasarkan kepentingannya.

Kira-kira 300 pegawai keraaan dan wakil dariapada syarikat berkaitan kerajaan negeri dan kumpulan NGO hadir diolog bersama ADUN dan ahli parlimen itu.

Khalid juga berkata laporan berhubung kerajaan negeri setakat ini tidak seimbang.

[Baca berita penuh]