mk-logo
Berita
Kenaikan 5-dalam-1: 'PM, akurlah atau kami demo lagi'

Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi, gabungan NGO yang membantah kenaikan harga barang akan menganjurkan perhimpunan besar-besar menentang kenaikan "5-dalam-1" yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

azlan Sebagai respons kepada kenaikan harga petrol, diesel, gula gas, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) membuat lima tuntukan kepada kerajaan:

  • Hentikan pembaziran dalam pembangungan beberapa projek gajah putih seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
  • Menguatkuasakan dasar gaji minimum
  • Kembalikan harga asas barang asas seperti sebelum kenaikan bulan ini
  • Jelaskan bagaimanapun 'penjimatan' 4.6 bilion daripada penyelarasan subsidi pada 2006 dibelanjakan
  • Menstruktur semula subsidi supaya rakyat miskin terus mendapat faedah daripadanya

NONE Bagaimanapun menurut PROTES, perhimpunan tersebut merupakan langkah terakir, kata penyelarasnya Dr Hatta Ramli ( kiri ) yang juga bendahari PAS.

Dalam tempoh itu, kempen yang dinamakan "Bantah: Selamatkan Rakyat" itu akan dilancarkan pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam bagi memastikan mesej itu sampai kepada pelbagai pihak.

Menurut Dr Hatta, tempat itu dipilih kerana ia antara kawasan tempat tinggal rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur - yang paling terasa dengan kenaikan harga barangan.

Katanya, gabungan terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan menyediakan sebanyak mungkin bahan makluman dan bacaan dalam bentuk risalah dan buku kecil untuk diedarkan kepada rakyat sepanjang tempoh kempen, sehingga kerajaan menurunkan kembali harga barang.

Selain itu juga, PROTES juga akan mengadakan beberapa siri bantahan di peringkat negeri di seluruh negara.

NONE Kita akan selaraskan dan masa, tempat, aktiviti kita akan umumkan dari semasa ke semasa di seluruh negara," katanya.

PROTES juga memutuskan untuk mengadakan jelajah ke negeri-negri dalam bulan Syawal ini dengan menaiki bas.

Sehubungan itu, beliau mengajak pimpinan parti politik bersama dalam siri jelajah itu bagi turun bertemu rakyat melalui aktiviti himpunan ringkas dan ceramah.

Ahli parlimen Kuala Krai itu berkata pihaknya juga akan menghantar memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen pada 14 Oktober depan.

"Kita tunggu sehingga hari akhir sidang parlimen. Kalau mereka (kerajaan) masih berdiam diri, kita akan umumkan masa dan tempat untuk kita berdemo dalam bulan Disember ini," tegasnya.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ahli parlimen Lembah Pantai mewakili PKR, Nurul Izzah Anwar, pengerusi lajnah penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi, setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, bendahari Jemaah Islah Malaysia, Naha Mohd Nor, serta wakil-wakil dari Gabungan Persatuan Islam Malaysia (Gamis), Kelab Mahasiswa Independent (KAMI) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini