Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ada pihak yang menyangka akhbar Suara Perkasa telah ditutup kerana tidak menemuinya di pasaran, kata ketua pengarangnya, Daud Ibrahim.

NONE Malah, beliau mengakui bahawa akhbar itu juga tidak sampai ke kawasan presiden Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) sendiri, Datuk Ibrahim Ali ( kanan ).

"Bila pembaca tidak dapat cari edisi pertama, kedua dan ketiga, mereka akan beranggapan akhbar ini sudah ditutup," katanya.

Ketika dihubungi hari ini, Daud berkata, beliau menerima aduan dari pembaca melalui laman sosial Facebook , mengenai ketiadaan akhbar Suara Perkasa di pasaran.

Beliau berkata, ia kerana masalah edaran yang menyebabkan akhbar tersebut tidak sampai ke beberapa kawasan di negara ini.

Masalah tersebut, jelasnya, berlaku kerana sesetengah pengedar masih berasa "takut" untuk mengedarkan akhbar tersebut.

"Ini ekoran kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini yang panggil Suara Perkasa dan beri amaran.

" azlan Kami tidak dikenakan tindakan atau digantung permit. Tapi masih ada pengedar takut untuk edarkan Suara Perkasa ," katanya lagi.

Daud berkata, keadaan itu menjejaskan edaran akhbar tersebut di seluruh negara.

Berdasarkan maklum balas daripada pembaca, katanya, akhbar tersebut boleh didapati di kawasan seperti Ayer Hitam, Bukit Mertajam dan Kuala Terengganu.

"Kawasan yang tak ada adalah seperti Lumut, Segamat dan kawasan presiden (PERKASA) sendiri, Pasir Mas," katanya lagi.

Pengedar tunggal

Jelasnya, beliau tidak mempunyai sumber secukupnya untuk memantau jualannya setakat ini dan hanya bergantung kepada maklumat dari pengedar.

Suara Perkasa katanya, telah melantik pengedar tunggal, yang kemudiannya mengedarkan akhbar berkenaan melalui rangkaian vendornya.

M perkasa publication asalah ketakutan itu berlaku di kalangan vendor dalam rangkaian berkenaan, jelasnya.

Ditanya mengenai prestasi jualan akhbar itu, Daud berkata setakat ini beliau masih belum menerima angka yang jelas.

Menurutnya lagi, respon pembaca juga tidak boleh menjadi kayu pengukur kepada jumlah jualan akhbar itu tersebut.

Namun, beliau berkata, setakat ini sambutan yang diterima untuk akhbar tersebut adalah baik.

"Ramai orang sudah tahu mengenai Suara Perkasa , mungkin juga disebabkan (publisiti) hasil laporan daripada Malaysiakini.

"Tapi kami tidak boleh syok sendiri sahaja, kena berdasarkan (data) jumlah jualan. Pengedar sudah berjanji akan jawab selepas isu keempat." katanya lagi.

Daud berkata, pihaknya akan mendapat data berkenaan selepas keluaran edisi keempat akhbar tersebut menjelang 15 Ogos.

ADS