Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon menyerahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk menjalankan siasatan ke atas insiden guru besar dan pengetua sekolah yang didakwa mengeluarkan kata-kata bersifat rasis kepada pelajar.

Koh yang memegang portfolio perpaduan negara berkata beliau telah mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan tersebut, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang warga pendidik di negara ini.

gerakan press conference koh tsu koon 2 "Ini tidak sepatutnya dilakukan, apatah lagi oleh seorang pengetua sekolah. Ia boleh memberi gambaran bahawa rasisme sedang berkembang dalam sistem pendidikan dan pentadbiran kerajaan.

"Tindakan tegas perlu diambil dan perkara ini tidak diulangi lagi oleh mana-mana pihak.

"GERAKAN rasa kesal dengan insiden ini dan kita kutuk kejadian seumpama ini," katanya yang meminta semua pihak supaya mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut.

Diminta mengulas pengulangan insiden seperti itu, Koh menafikannya ia sering berlaku.

"Ini baru dua kali berlaku, belum (berulang kali berlaku). Kita harap tidak berlaku lagi selepas ini," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian melibatkan pengetua sebuah sekolah menengah di Kulai, Johor dan Sungai Petani, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

ADS