Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amaran serangan virus di laman Malaysiakini
Diterbitkan:  Sep 17, 2010 4:17 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Pembaca yang melayari laman sesawang Malaysiakini diberi amaran bahawa halaman itu  diserang virus yang boleh merosakkan sesetengah perisian komputer mereka.

virus attack Amaran virus itu berpunca daripada ‘banner’ iklan di Malaysiakini akibat serangan baru dari aplikasi sumber terbuka yang mengendalikan iklan yang dikenali sebagai "Open X".

Malaysiakini

telahpun melumpuhkan sistem yang dijangkiti itu dan pembaca kini boleh melayari halaman Malaysiakini tanpa jangkitan virus itu.

Bagaimanapun, perisian anti-virus di komputer anda mungkin mengambil masa untuk menilai semula halaman berkenaan dan menyahkan amaran virus itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai serangan virus, sila layari pautan ini.

Malaysiakini memohon maaf atas masalah teknikal berkenaan.

ADS